Nadia Nasir <!-- --><!-- --><style type="text/css">@import url(http://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/697174003-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=2333326063938384072&amp;blogName=nadia+nasir&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Faidanrisaneniaz.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Faidanrisaneniaz.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Profile


Name: Nadia Nasir
Age: 18 soon :)
Bday: 29 May
Location: Malaysia




Statistics

stalkers
hits

Tagboard



Tweets


Affiliates



Miri Bloggers

Memory


Kegilaan kembali :)
Date : Sunday, January 24, 2010
Time : 1/24/2010 12:23:00 AM

Hey, morning!


Sekali lagi INSOMNIA melanda diriku di malam hari. Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini aku selalu tak dapat tidur. Pelik sungguh mata ini! Haha!


Ok ok, kali ni aku nak cerita tentang kegilaan aku di masa lampau. Haha. Maksud aku, masa aku muda-muda dululah! *Sekarang pun masih muda lagi (jelir lidah)*


Antara kegilaan aku dulu ialah siri drama kat TV3. haha. alaa..dulu kan banyak drama Cina kat TV3 tu. Aku apa lagi, layan siott! Hari ni tiba-tiba jer aku nak tengok balik semua cerita fav aku time darjah 4 dulu. Masa tu tahun 2001/2002 kalau tak silap aku. Memang aku layan giler semua cerita Cina masa tu sampai aku tak peduli pasal pelajaran aku langsung. Tu pasallah aku dapat nombor yang tersangat teruk dalam hidup aku. Haha! Antara drama yang aku tengok dulu ialah Marmalade Boy. Yang ni cerita Taiwan. Aku suka sangat tengok cerita ni dulu. Sebenarnya aku dah lupa dengan tajuk semua cerita yang aku tengok dulu. Tapi dengan adanya kemudahan carian di Internet aku dapat ingat balik tajuk drama fav aku. Thank You Google! haha


Selain daripada siri drama Cina, aku minat balik tengok cerita Filipin. Aku mula minat tengok cerita Filipin since cerita Pangako Sa'yo tu. Pastu ada pulak cerita Sanay Wala Nang Wakas. Masa tu aku minat sangat tengok Jericho Rosales dengan Kristine Hermosa. Haha! Fan giler yaw! O-M-G! Tapi lepas tengok cerita It Might Be You dan Ikaw Ang Lahat Sa Akin, aku beralih kepada Bea Alonzo dengan John Lloyd Cruz. Sampai sekarang aku minat dengan diorang. Shit! Aku giler dengan diorang. Walaupun diorang dua tu bukan kekasih betul *aku rasalah*, tapi diorang ni terer betul buat peminat fikir yang diorang tu kekasih di luar set. FYI, time Form 3 aku rajin sangat kumpul gambar diorang. DIE HARD FAN lah katakan. Haha! Tadi aku baru terbaca satu artikel yang mengatakan Bea Alonzo & John Lloyd Cruz akan keluar drama or filem baru kalau tak silap. Akhir bulan Januari ni Bea Alonzo akan ke Malaysia untuk shooting Miss You Like Crazy. Aduhh..aku harap dapat jumpa dia! Dia cantik sangat & aku sangat suka tengok lakonan dia. Dia idolaku! Aku nak sangat tengok semua cerita yang dilakonkan oleh John & Bea. Untung betul orang Filipin. Haha! *merepek time*


Tutup cerita pasal kegilaanku terhadap Bea Alonzo & John Lloyd Cruz. Sekarang ni masih ada gak cerita Filipin kat Astro Prima. Cerita Dyesebel, yang pasal ikan duyung tu. Best gak cerita tu. Aku dengan mak aku memang layan cerita tu. Haha.


Oklah, aku nak tengok cerita New Moon ni dulu ek. Ada masa nanti aku tulis lagi. Daa..ciou! :)




Marmalade Boy


It Might Be You


Ikaw Ang Lahat Sa Akin


Dyesebel




Malam pagi.
Date : Saturday, January 23, 2010
Time : 1/23/2010 01:46:00 AM

Hey, morning!

2:12 am dan aku masih belum tidur. Aku sangat bangga! Ceh! Kelmarin aku sedih pasal masa depan. Hmm..aku tak nak fikir banyak sangat sekarang. Aku perlu teruskan hidup. Yeah, semangat! Haha!

Bosan sangatlah sekarang ni & aku masih belum ngantuk lagi. Ni lah rutin harian aku setiap hari. Tidur akhir pastu bangun pun akhir. Hehe! Aku tak tahulah apa nak jadi dengan aku ni sekarang. ahh..whateverlah!

Sekarang aku tengah menaip sambil dengar lagu Manis Band, berfacebook & tengok cerita Nasib Do Re Mi kat Astro Prima. Haha.

Ok, aku out dulu ek. CIOU! :D




Mencari masa depan.
Date : Thursday, January 21, 2010
Time : 1/21/2010 08:34:00 PM

Gelap, mundur dan tiada kemajuan dalam kehidupan. Itu saja aku boleh cakap tentang masa depan aku. Aku tak tahu apa akan berlaku kepada diri aku. Bukan aku tak ada cita-cita dan impian, cuma banyak perkara yang menghalangku. Benda-benda yang aku perlukan parents aku langsung tak pernah ambil kisah. Kadang-kadang aku terfikir macam mana abang-abang aku boleh dapat apa yang diorang mahu time umur diorang sama macam aku sekarang? Tersangat tidak ADIL! Macam mana dengan masa depan aku? O-M-G! Aku rasa aku takkan sambung study lagi lar. Semua ni buat aku lemah. Aku dah malas dah. Putus asa, okay! OUT-




Banyak perkara, cerita dan nyawa.
Date : Wednesday, January 20, 2010
Time : 1/20/2010 09:17:00 PM

Salam.
Hey.



Woah! It's been ages since my last update. Huu..tup tup dah masuk tahun 2010. Rasanya belum terlambat lagi nak ucap Happy New Year kepada korang semua. Hee..sepatutnya aku rajin update blog ni memandangkan aku sedang menganggur sekarang. Haha! A'aa..aku sekarang ni tengah tanam anggur dekat belakang rumah ku ni haa. Tak adalah! Gurau jer tu. Persoalannya sekarang, mengapa aku tak blogging lama ni? Jawapannya mudah jer, sebab MALAS! haha Alasan yang sama aku bagi setiap kali nak start blogging balik. Hmm..bukan tu jer sebabnya, setiap kali aku nak blogging mesti semua idea-idea aku yang aku dah kumpul tu hilang macam tu jer. Haiyaa! Sebab tu lah aku terus rasa macam malas & tak ada mood nak blogging. Hari ni aku try nak blogging balik. Hehe.




First thing aku nak tanya, amacam aku punya blog? Ok tak? Hmm..aku rasa belum puas hati lagi dengan rupa bentuk blog ni. Tapi aku sangat puas hati tengok background. Hehe! Tak apalah, nanti aku ubah lagi. Sekarang ni aku tengah cari blogskin yang sesuai. Lagu yang korang dengar dalam blog aku sekarang ialah lagu daripada Sea Wolf. Tajuknya ialah The Violet Hour. Lagu ni merupakan OST bagi filem The Twilight Saga : New Moon. Aku suka sangat lagu ni. Bukan sebab lagu ni OST filem New Moon, tapi lagu ni macam bagi aku semangat. Tak tahulah macam mana nak cakap, memang suka sangatlah dengan lagu ni! Haha.






Akademi Fantasia 8? Haha. Aku dan kawan aku, Fad hari tu bercadang nak pergi Kuching untuk menghadiri ujibakat AF8 ni. OMG! Aku tak tahu apa yang aku fikir masa tu sampai nak sangat pergi ujibakat tu. Haha lols. Rasa lawak pulak bila fikir pasal benda tu. Seriously, suara aku hancur! So, aku rasa aku tak perlulah nak ujibakat AF8 tu. Buang masa, tenaga dan wang. Lagipun bapak aku nak bersara dah ni. Jadi, aku kena berjimat-jimat. Huhu.




Seterusnya aku nak cerita pasal sedikit kekecohan yang berlaku di Facebook baru-baru ni. Benda ni lama dah berlaku (berdasarkan gambar print screen). Topik ni ada berkaitan dengan isu sensitif. Maksud aku isu perkauman. Tapi aku tak naklah besar-besarkan sangat hal ni. Aku takut nanti tak pasal-pasal aku pulak kena saman. Masuk newspaper & berita utama pulak tu. Haha. Sebenarnya cerita ni pasal Farhani Hasbullah atau nama glamournya Hani Tarmizi. Oleh sebab kes dia ni, semua penduduk Sarawak yang menggunakan Facebook bangkit dan menubuhkan sebuah fan page yang hampir mencecah 8000 pengguna Facebook dari Sarawak dalam masa 24 jam sahaja. Tapi admin telah mendelete fan page tu. Aku rasa baik juga fan page tu didelete sebab aku rasa kita harus menghormati keputusan orang yang menjadi mangsa keadaan tu. Aku malas nak cerita panjang sangat. Baik korang baca jer print screen kat bawah ni ek. Seriously, aku pun marah gak. Tapi aku tahu setiap perbuatan, mesti ada balasannya. Dan aku tahu Tuhan itu Maha Adil. Kalau tak suka dengan kami (perempuan-perempuan Sarawak), tolong jangan HINA. Boleh?






Alright, tutup cerita pasal isu sensitif tu! Sekarang aku nak cerita pasal filem. Pagi tadi aku tidur dalam pukul 3 lebih, dekat pukul 4 pagi macam tu. Bukan apa, aku "tersyok" pulak tengok cerita Hunger Point dekat siaran 702 (Hallmark). Sebenarnya filem ni sudah lama ditayangkan. Aku jer yang kuno sikit. haha! Cerita ni pasal eating disorder (E.d). Ahh..aku malas nak cerita panjang-panjang. Korang tengoklah sendiri.





Okeh, aku rasa setakat ni jer lah dulu ek. Nanti-nanti aku update lagi ek. Byee! Oh ya, sebelum tu aku nak minta maaf jika ada yang tersinggung dengan isu "sensitif" yang aku tulis dalam entri ni. Bukan niatku untuk memalukan, menghina, mencaci sesiapa yang terlibat, tapi inilah hakikat hidup sebenar yang sedang berlaku. Dan minta maaf juga jika aku terkasar bahasa dan ayat aku tunggang langgang.




Antara OBSESI dan KETAGIHAN - ku!
Date : Sunday, December 27, 2009
Time : 12/27/2009 11:38:00 PM

Assalamualaikum.
Hey!


Memang agak lama aku tak mengupdate since last entri hari tu. Haha..sebab apa? Senang jer jawapannya, malas. Malas adalah salas satu "Seven Deadly Sins".


Okeh..tutup topik "Seven Deadly Sins" tu. Aku nak buka topik yang berkaitan dengan obsesi dan ketagihanku.



1. The Twilight Saga series movie.

Sebelum ni aku seorang yang agak ketinggalan tentang filem-filem yang ada dalam dan luar negara ni. Tapi tahun ni terbalik pulak, tahun ni aku banyak spent time aku tengok movie dengan kengkawan. Haha! Time SPM pun sempat gak keluar tengok movie dekat cinema. Okeh, back to the topic. The Twilight Saga? Seriously aku tak tengok pun 1st series tu, Twilight. Aku tengok New Moon jer. Dari situ aku start mula suka dengan Twilight ni. Memang addict betul dah ni. Dalam laptop aku sudah 1000++ gambar termasuk cerita New Moon yang aku baru download dari internet. Tak sabar nak tunggu dvd original dia keluar. Wee~ Dvd Twilight aku dah beli masa aku kat KL hari tu. Haha! Tak sabar jugak nak tengok Eclipse. Pasti lebih menarik dengan kehadiran anak Edward Cullen (Robert Pattinson) & Bella Swan (Kristen Stewart) nanti, Renesmee Carlie Cullen. Cerita pasal Twilight dan New Moon, aku rasa New Moon lagi best sebab ada perubahan dalam diri Jacob Black (Taylor Lautner). Werewolf yaww! haha! Eshh..malaslah aku nak cerita pasal kegilaan, keobsesian, ketagihan aku pasal Twilight ni banyak sangat kat blog ni sebab ini semua akan membuatkan aku menjadi lebih gila. Haha! Next!! :)


Inilah hasil ketagihan ku. Haha!





2. Hujan Band.

Yang ni tak payah cakaplah, aku sememangnya sudah lama meminati Hujan band ni. Kenapa aku minat Hujan? Sebab ada AG COCO. haha! Gurau jer lah. Tapi yang pasti AG COCO memang cuteee~ haha! Jawapan untuk soalan tadi ialah sebab musik dan tak
dinafikan diorang memang berbakat. I like! Antara lagu yang aku minat ialah Pijak Hatiku dan Hiba. Waa! Dari album terbaru diorang pulak aku suka lagu Kau
Harus Ada. Aku suka bila dengar lagu-lagu slow yang jiwang tak berapa nak berkarat dari diorang. Best sesangat! Sampai sekarang aku still minat Hujan! :)







3. Facebook.

Aku tahu memang ramai remaja sekarang addict dengan jaringan sosial Facebook ni. Aku adalah salah seorangnya. Haha! 1st dulu memang aku tak layan pun benda tu, aku sign up jer. Baru tahun ni aku tergerak hati nak guna Facebook tu. Akhirnya ketagih pulak. haha! :)







Oklah, aku rasa setakat ni jer dulu ek. Nanti-nanti aku sambung lagi! Bye! :)




Hidup hidup! :)
Date : Monday, December 21, 2009
Time : 12/21/2009 11:19:00 PM

Whoa!
Heyy!
Assalamualaikum!




Sudah berkurun aku tak mengemaskini blog aku ni ha. Macam diari yang berhabuk dalam almari nenek moyang aku dah. Chewah! Bila masa pulak nenek moyang aku ada diari ni? Hehe. Ok, aku dah nak start cerita ni..so, teruskan membaca. Haha!



1st thing aku nak cerita pasal life after SPM. It was great! Memang seronok lepas SPM ni sebab aku tak payah risau nak ambil ujian lagi. Yang membimbangkan aku sekarang ni cuma pasal result. Yalah, macam yang cikgu cikgi aku selalu cakap "tak guna menyesal selepas SPM". Mungkin aku akan menyesal kot selepas tengok result aku tahun depan. I'm sure that my smartest cousins in the world will laugh at me. Whateverlah! Kalau pandai sangat pun tapi tak bersyukur, apa gunakan? Huhu.



Orite..cerita pasal lain pulak! 9/12/2009 (Khamis) iatu sehari selepas SPM berakhir, aku dan kawan-kawan (Aina, Ain, Fad, Khairi & Eto) keluar jalan kat Bintang Megamall (Parksonlah!!). Aku & Fad hanya gigit jari jer sebab tengok 2 couple ni jalan depan kami. Whoaa! Sedih pulak rasanya bila tengok diorang bermesra-mesraan depan aku. Sudah lama aku menyinggle mingle ni. Tapi tak apalah, aku doakan untuk kebahagiaan diorang! Aku sayang kawan-kawan aku wei! Haha! Hari tu memang best sangat dan aku sangat rindu dengan hari itu. Alangkah seronoknya lagi kalau semua orang bersatu & jalan sama-sama. Waa! Emo pulak aku ni! Stop!



10/12/2009 (Jumaat) adalah hari dimana aku terbang (menggunakan pesawat penerbangan Air Asia) menuju ke destinasi yang seterusnya, Kuala Lumpur. Hee..aku pergi dengan family aku. Kami tiba di KL kira-kira pukul 1 tengah hari. Lepas tu kitorang makan-makan dekat LCCT tu dulu then naik bas pergi ke hotel. Kitorang menginap di Hotel Ancasa & Spa Kuala Lumpur dekat Puduraya tu. Lepas check in kitorang rest dulu selama sejam. Kira-kira pukul 4 petang macam tu, kitorang memulakan perjalanan pusing-pusing bandaraya KL. haha! Jalan kaki yaww! Memang penat tapi best sebab dapat shopping! :)



2nd day dekat KL - Kami kena pergi ke Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan makcik (usu) aku. Location : Felda Tementi, Triang, Pahang. Dalam kepala aku, Felda? What?! haha! Lols. Kami sekeluarga menaiki bas dari stesen bas Pekeliling ke Temerloh, Pahang. Sesampai jer kami di Temerloh, seorang lelaki daripada ahli keluarga pengantin sebelah lelaki telah menjemput kami menuju ke umah pengantin lelaki. Perjalanan ke Felda Tementi ni mengambil masa sejam gak rasanya. Waa..hari tu memang penatlah. Sampai kat Tementi tu, aku mula rasa happy sangat sebab dapat jumpa makcik yang gila tu lagi. haha..walaupun dia dah nak kahwin. :p Kitorang tinggal kat situ lebih kurang 3 hari 2 malam.



Lepas balik jer dari Felda Tementi tu, kitorang pergi Kuantan pulak. Tinggal kat sana sehari jer. Haha! Malam tu kami sekeluarga dan keluarga adik mak aku keluar sama-sama pergi Teluk Cempedak (TC). Chioo..memang best kat situ. I like!! Rasa tak nak balik jer. Sumpah, best! haha! I wish I could go there again someday :)



Kami balik ke KL semula. Kali ni tak sempat nak shopping sangatlah sebab hari hujan. Susah nak jalan. Ciss! Sakit hati betul aku sebab hujan ni! Waa..melepas peluang aku nak bershopping :((



16/12/2009 (Rabu), kami kembali ke Miri, Sarawak menggunakan pesawat penerbangan MAS. :)





*Gambar-gambar akan diupload kemudian*




Ohyeahh..let's go kelubing bebeh! err..i mean clubbing!
Date : Tuesday, December 8, 2009
Time : 12/08/2009 07:06:00 PM

Astaghfirullahalazim


Amaran!! Tajuk entri post ini tiada kaitan dengan isi kandungannya. Haha!




Yeahh..15:30, 8 Disember 2009 yaw! Tamat sudah Sijil Pelajaran Malaysia. Muka bersinar bagaikan mentari, senyuman lebar sehingga ke kepala. Di fikiran hanyalah enjoy semata-mata. Haha! Esok aku keluar jalan dengan kawan-kawan. I loikeee!




retro yaww.
Date : Sunday, December 6, 2009
Time : 12/06/2009 08:20:00 PM


Aku dalam mood 70's Disco Night yaww!






Tak berintro, minta maaf.
Date :
Time : 12/06/2009 01:24:00 AM

Sedihkan bila kita dapat tahu 'kawan' yang kita sangat suka (crush) sudah mempunyai teman wanita. Memang kita tak dapat nak menghalang seseorang itu bercinta. Waaa! Inilah nasib aku! Tak mengapalah, walaupun perih ku tetap harus menjalani hidupku seperti insan biasa. *Sedih mode*




ym oh ym.
Date : Saturday, December 5, 2009
Time : 12/05/2009 12:49:00 AM


with frens, twin & my son, Afif :))


with si Fathii LOSERRRRRRRR. haha..tengs yo, dh dgr luahanku! :)



with ain. (ini lama punya)




Original layout by I II III IV. © Copyright NADIA NASIR @ 2010. MALAYSIA. ALL RIGHT RESERVED.